Yatt Hamzah hamil dua bulan



Setelah selamat diijabkabul kan pada 27 Februari lalu dengan lelaki pilihannya Mohammad Zulfadhli Khiruddin, Yatt Hamzah kini telah disahkan hamil dua bulan. Kata Yatt, dia menyedari dirinya berbadan dua kira-kira tiga minggu lalu.

“Sebenarnya, saya dan suami tidak pernah merancang apa-apa mengenai anak. Kami hanya biarkan rezeki itu ditentukan Allah. Alhamdulillah, saya disahkan hamil. Setakat ini, kandungan kali ini agak manja sedikit. Saya hanya makan di rumah saja kerana tidak boleh makan di luar,” jelasnya kepada BH Online.

“Saya sangat bersyukur kerana sejak kelahiran Suci enam tahun lalu, saya sentiasa berdoa diberikan cahaya mata kedua. Sekarang pada perkahwinan kedua ini, Allah makbulkan doa saya. Bukan saya saja, malah Suci orang yang paling gembira untuk mendapat adik. Dia banyak mengingatkan saya agar berhati-hati,” katanya.

Baru-baru ini juga Yatt telah mendalami pendarahan dan dinasihatkan untuk banyak berehat. Sebelum ini Yatt pernah berkahwin dengan Abdul Mutalib Shukor pada 29 Mac 2009. Namun, mereka bercerai pada 25 Ogos lalu.