Wings akan buat konsert amal kumpul dana untuk Yazit

Wings akan buat konsert amal kumpul dana untuk Yazit

Band lagenda Wings yang baharu sahaja merangkul kemenangan artis berkumpulan paling popular 2016 telah meluahkan hasrat murni untuk membantu pemain dram Search, Yazit Ahmad, 54, yang ketika ini menderita akibat penyakit buah pinggang. Awie yang adalah vokalis Wings, 48, berkata; dia bersama anggota Wings seperti Joe, Eddie dan Black kini dalam proses perbincangan untuk menganjurkan dan merealisasikan persembahan atau konsert amal bagi mengumpul dana untuk membantu Yazit menampung kos perubatan, ini kerana drummer kumpulan Search itu kini dalam keadaan yang sakit lagi 'terhimpit' kini.

"Sebagai rakan yang sudah lama mengenali Yazit secara langsung dalam aliran muzik yang sama, kami terpanggil untuk membantunya. Apatah lagi, dia sakit malah terhimpit akibat konflik membabitkan dia dengan anggota Search.

"Mungkin bukan saja Wings, ada beberapa pelawak-pelawak dan pelakon lain juga akan turut serta dalam program amal ini nanti. Mereka juga meluahkan rasa simpati dengan keadaan Yazit sekarang," ujar Awie kepada Malaya Times, hari ini.

Tambah Awie lagi, persembahan amal itu sedang dalam proses perbincangan kini, kerana mereka memerlukan pendapat daripada banyak pihak untuk merealisasikannya.

"Idea ini sudah lama kami niatkan, cuma masih belum direalisasikan sahaja. Kerana kami perlu memikirkan mekanisma dan idea terbaik bagi menjayakannya, agar ramai yang ambil kisah dan perihatin terhadap Yazit.