Susulan isu Yazid di maki dan tengking isteri Amy



Amy Search akan mengadakan satu sidang media berhubung dakwaan salah seorang anggota kumpulan Search yang mendakwa isterinya pecah amanah serta bersikap kurang ajar mengenai urusan Konsert 35 Tahun Search pada 30 Ogos ini.

Pemain dram kumpulan Search, Yazid Ahmad yang mendakwa perkara tersebut telah membuat laporan polis di Balai Polis Wangsa Maju di sini petang kelmarin.

Yazid mendakwa, isteri Amy, Norhasniza Hassan bukan sahaja dikatakan pecah amanah bahkan turut memaki hamun dia apabila di­tanya mengenai urusan bayaran pendahuluan untuk konsert berkenaan.

Bagaimanapun, Amy atau nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman, 57, enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut sebaliknya akan mengadakan satu sidang akhbar dalam masa terdekat.

“Minta maaf kerana saya tidak boleh memberi sebarang kenyataan buat masa ini. Satu sidang akhbar akan diadakan dalam masa terdekat untuk menjawab segala pertuduhan dan pertanyaan yang dilemparkan," katanya.