Suami halang peminat bergambar dengan Adira?



Disebalik kegembiraan penyanyi kelahiran Sabah, Adira Suhaimi yang memenangi trofi Penyanyi Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2015) timbul pula desas desus mengatakan suaminya, Datuk Seri Adenan Abu tidak membenarkan peminat bergambar dengan Adira.

“Pada saya perkara ini adalah salah faham. Suami saya berbuat demikian sebab kasihan melihat saya yang sudah berdiri terlalu lama sehingga hampir sejam semata-mata bergambar dengan peminat. Lagi pula ketika itu sudah lewat malam, dan saya pula kelaparan. Tetapi, suami saya bercakap dengan cara baik,” katanya kepada Harian Metro.

Perkara ini tercetus berikutan ada diantara peminat yang meluahkan rasa kecewa mereka menerusi laman sosial kerana tidak dapat bergambar dengan penyanyi kesayangan mereka yang menang pada malam itu. Dikhabarkan, suami Adira telah bertindak menghalang peminat dari menyerbu untuk mengambil gambar bersama.

Berikutan itu, Adira memohom maaf jika sekiranya kejadian itu membuatkan ada sesetengah pihak terasa hati atau kecewa dengan tindakan suaminya yang hanya kasihan melihatnya yang kepenatan. Bagaimanapun, beliau telah cuba sedaya upaya untuk memuaskan hati semua peminatnya