Siti Nurhaliza guna aplikasi Smule, kredibiliti sebagai penyanyi dipersoal

Siti Nurhaliza nampaknya turut menggunakan aplikasi Smule. Namun tindakan penyanyi nombor satu Malaysia itu menggunakan aplikasi Smule telah mencetuskan perdebatan peminatnya kerana mereka menganggap ia menjatuhkan kredibilitinya sebagai penyanyi terkenal.

Siti Nurhaliza guna aplikasi Smule, kredibiliti sebagai penyanyi dipersoal

“Ramai yang tanya kenapa saya mencuba aplikasi tersebut. Salahkah saya ada minat yang sama seperti orang lain yang gemar rakam nyanyian mereka seolah-oleh sedang berduet dengan penyanyi yang diminati.

“Saya pun sama seperti mereka, cuma mungkin kerjaya saya sebagai artis dan penyanyi yang membezakan saya dengan mereka. Tetapi saya juga mempunyai minat untuk mencuba aplikasi baharu, lagi-lagi ia berkait dengan nyanyian.

“Saya melihatnya dari sudut yang positif. Bagi saya aplikasi Smule merapatkan saya dengan peminat. Mereka yang tidak berkesempatan berjumpa saya boleh bertemu dengan saya melalui Smule,” kata Siti Nurhaliza kepada pemberita.

Datuk Siti juga menafikan khabar angin yang mendakwa dirinya sedang hamil dan tambah Siti, mungkin andaian itu dibuat kerana dia suka menarik baju di bahagian perut konon ingin melindungi bahagian yang berisi.

Manakala dibawah berikut adalah antara video nyanyian Penyanyi tersohor ini. Dan juga boleh terus klik link akaun Siti Nurhaliza di Smule ini.