Sharnaaz bengang bila Intan Suraya perli di Instagram

Sharnaaz bengang bila Intan Suraya perli di Instagram

Pengacara Intan Suraya menerima kecaman daripada peminat-peminat Sharnaaz Ahmad gara-gara dia memberi komen pada sekeping foto Sharnaaz bersama kekasihnya Nabila, di laman Instagram Sharnaaz.

Memetik laporan media berita, Intan menjelaskan komen yang diberikan itu bukan bermaksud untuk menegur aktor tersebut apatah lagi berniat memburukkan mana-mana pihak sebaliknya dia seronok melihat Sharnaaz dan Nabila yang tampak mesra.

"Saya tiada niat mahu menegur. Siapalah saya untuk menegur orang terutama jika membabitkan akhlak dan agama.

"Ketika saya skroll gambar di laman Instagram, saya ternampak gambar Sharnaaz dan pasangannya dan terlintas betapa romantis mereka.

"Manalah saya pasti status mereka. Walaupun kami dalam satu industri tetapi sudah menjadi perkara biasa jika kita terlepas pandang.

"Lalu saya memberi komen dengan bertanya kepada Sharnaaz adakah dia sudah berkahwin dengan Nabila. Manalah tahu, jika sudah berkahwin, saya mendoakan yang baik-baik," katanya Intan Suraya.

Selepas Intan memberikan komen tersebut, Sharnaaz memberi reaksi yang berbunyi:

"Kenapa ya? Ada masalah ke?". Intan kemudian membalas dengan kata-kata:

"Takda masalah.. nak doakan bahagia till jannah..kalau sudah. Kalau belum, nak doakan semoga terhindar daripada fitnah.. Amin. "Oh ya dan satu lagi, nak tuju lagu.. kalau sudah (berkahwin), lagu KRU 'Till Janna'. Kalau belum, nak tuju Sweet Charity lagu 'Jangan Tunggu Lama lama'. Sekian...Bye!"

Ekoran dari itu, ramai peminat memihak kepada Sharnaaz Ahmad mengkritik Intan yang disifatkan tidak patut memberi komen begitu.

Intan berkata, dia terkejut membaca komen Sharnaaz yang ditujukan kepadanya. Dalam hatinya terlintas, aktor itu sepatutnya bersedia dengan segala kemungkinan apabila memuat naik gambar dalam media sosial.

"Biasanya, bila komen seperti ini, orang akan kata 'menyibuk'. Tetapi, dalam media sosial, tiada istilah seperti itu. Ini kerana umum akan memberi komen. Jika tak suka orang bertanya, senang saja caranya. Buat cara Anuar Zain, tak perlu ada media sosial. Hidup pun aman. Tiada viral," katanya.

Sementara itu, Sharnaaz yang dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

"Entah, sakit hati kat mana, kasihan pada dia. Biarkan dia 'terjun dengan labu-labunya," ulasnya ringkas.

Intan Suraya vs Sharnaz