Sekitar majlis resepsi Hafiz Suip dan Nureffy yang kedua

Pasangan Hafiz Suip dan Nureffy telah melangsungkan resepsi kedua mereka semalam di Hotel Grand Dorsset Subang. Awal Mei lalu, Hafiz Suip dan Nureffy telah melangsungkan resepsi perkahwinan mereka yang pertama di Sarawak.

sekitar majlis resepsi kedua Hafiz Suip dan NUreffy

Hafiz tampil segak memakai sut hitam dan Nureffy pula menggayakan busana indah berwarna merah dalam majlis tersebut.



Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran tetamu dan teman kedua-dua pasangan termasuk selebriti ternama antaranya Datuk M. Nasir, Jaclyn Victor, Kila Fairy, Ella, Hazama dan ramai lagi.

Di sini kami kongsikan beberapa keping gambar sepanjang majlis tersebut berlangsung.