Sampai hati Awie cakap saya macam tu, kata Amy Search

Sampai hati Awie cakap saya macam tu, kata Amy Search

Konflik yang berlaku antara kumpulan Search dan Yazit dilihat bagaikan tiada tanda-tanda bakal terungkai.



Dalam ketegangan yang tiada tanda surutnya itu, vokalis Search iaitu Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 57, turut meluahkan rasa kecewanya dengan kenyataan yang dikeluarkan Awie berhubung isu Yazit.

Menurut Amy Search, kenyataan Awie yang merupakan vokalis kumpulan Wings telah melukakan hatinya apabila ibadahnya selaku pemilik tahfiz diperkecilkan.

“Saya rasa kecewalah dan pada saya ia amat melukakan hati saya. Sampai hati dia cakap saya macam itu, sampaikan ibadah saya dipijak-pijak.

“Tapi saya tidak salahkan Awie, kerana dia mungkin dengar dari sebelah pihak sahaja,” jelas Amy Search kepada pemberita.

Awie baru-baru ini telah tampil bersuara menasihati Amy Search agar memberi perhatian kepada rakan sekumpulannya Yazit yang telah sakit bertahun-tahun.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman turut berkata, Amy selaku pemilik tahfiz tidak wajar mengabaikan rakan dalam kesulitan.

Terdahulu, Amy ada menafikan dia dan ahli-ahli Search yang lain mengabaikan Yazit sepanjang enam tahun menerima rawatan di hospital.

Konflik antara Yazit dan Amy timbul setelah pemain dram itu mendakwa tidak menerima wang pendahuluan ‘Konsert 35 tahun Search’ sehingga perkara itu dilaporkan ke balai polis. –