Nad Zainal hamil 18 minggu

Nad Zainal hamil

Nad Zainal kini dikhabarkan telah hamil dengan usia kehamilannya mencecah 18 minggu. Menerusi akaun laman sosialnya, Nad Zainal turut berkongsi gambarnya yang kelihatan manis sekali berbaju kurung biru yang menampakkan perutnya yang semakin membesar.

Melalui perkongsian gambar tersebut, rata-rata peminat mula membanjiri laman instagram Nad Zainal dengan ucapan tahniah dengan berita gembira itu malah ada juga diantara mereka meluahkan rasa teruja dan tidak sabar menantikan anak pertama selebriti kesayangan mereka itu.

Sebelum ini pelakon ini ada memberitahu bahawa dirinya masih belum bersedia mendedahkan berita kehamilannya itu kepada umum, selain itu dalam masa yang sama beliau juga turut tidak memberi sebarang maklum balas mengenai desas-desus yang telah tersebar tentang kehamilannya kepada pihak media.

Didoakan semoga kesihatan Nad dan kandungannya terjaga dengan baiknya dan diharapkan segala yang dirancang akan berjalan dengan lancar serta dipermudahkan olehNya. Pasti kehadiran bayi pertama ini dapat menceriakan lagi kehidupan pasangan bahagia ini.