Lydiawati mengaku tidak bersalah pukul pengkid



Pelakon Lydiawati hari ini telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang diatas tuduhan menyebabkan kecederaan kepada seorang wanita warga Brunei selepas dia berkongsi sebuah video membelasah seorang wanita yang dikatakan menganggu hidupnya pada Mac lalu. Bagaimanapun, beliau mengaku tidak bersalah diatas tuduhan tersebut.

Menurut laporan, Lydiawati atau nama sebenarnya Salina Zaimon telah didakwa atas kesalahan sengaja memukul menggunakan besi menyebabkan kecederaan kepada Sharifah Harnizam Wan Musa . Lydia didakwa melakukan kesalahan tersebut di sebuah hotel kira-kira jam 6.30 petang pada 24 Mac lalu.

[Disyorkan : Siti Elizad juara Gempak SuperStar]

Dalam perbicaraan itu, Lydiawati yang diwakili oleh peguam, Fatimah Zahra Ramli memohon agar pihak mahkamah mengurangkan jaminan ke atas ank guamnya dengan alasan beliau merupakan seorang ibu tunggal. Malah, Lydiawati juga tidak mempunyai pendapatan tetap dan memerlukan rawatan bulanan kerana masalah jantung.

Hakim Haslinda A Raof telah membenarkan jaminan sebanyak RM3,300 dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 Jun depan untuk sebutan semula kes. Pendakwaan telah dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa raya, Raihana Abdul Razak mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.