Kualiti baju raya Che Ta bernilai ratusan ringgit kecewakan pengguna



Walaupun bulan Ramadhan masih belum tiba, tetapi sudah ramai yang mula membuat persiapan sempena Aidilfitri. Pada ketika ini juga ramai selebriti berlumba untuk mengeluarkan koleksi raya mereka tersendiri.

Bagaimanapun, baru-baru ini baju keluaran Rozita Che Wan dikritik ramai kerana kualitinya yang dikatakan seperti indah khabar dari rupa.

Che Ta telah bekerjasama dengan sebuah pasaraya terkemuka dengan mengeluarkan rekaan koleksi baju raya beliau yang dijual dengan harga RM299. Namun begitu, nampaknya ramai pembeli kecewa dengan material dan fizikal baju tersebut yang dikatakan tidak secantik seperti didalam iklan.

Ramai juga yang turut mempersoalkan harga yang diletakkan untuk baju tersebut seolah-olah tidak berbaloi dengan kualiti baju-baju itu. Malah ada yang membandingkan kualiti baju yang dijual dipasaran biasa lebih baik daripada rekaan yang membawa nama Che Ta yang sememangnya gah dalam industri seni.

Bagaimanapun, tidak kurang juga ada pihak yang tidak bersetuju dengan kritikan yang dilemparkan kepada Che Ta kerana menganggap mereka yang mengkritik itu terlalu obses untuk menjadi seperti pelakon cantik itu. Mereka berkata setiap orang mempunyai gaya tersendiri apabila memakai sesuatu pakaian dan jangan hanya tahu mengkritik sahaja.