Kerana terlalu kurus, Shaheizy Sam bagi jawapan



Pelakon popular Shaheizy Sam tampil memberi penjelasan mengenai penampilan terbaharunya yang cengkung dan semakin kurus hingga sering ditanyakan soalan sama oleh orang yang melihatnya.

Melalui akaun Instagramnya, Sam menafikan dakwaan yang mengatakan dirinya sedang sakit sebaliknya perubahan fizikalnya itu adalah gara-gara filem terbaharunya.

“Ramai bertanyakan Sam, ‘kenapa kurus sangat?, Sam sakit ke?’, dan ada juga yang kata, ‘janganlah kurus sangat, tak kacak’

“Jawapannya, kerana tuntutan kerja. Alhamdulillah, Sam sentiasa sihat,” katanya.

Menurut Sam yang juga suami kepada pelakon Syatilla Melvin ini, kerjayanya sebagai pelakon tidak menuntutnya untuk kelihatan kacak, ‘macho’ mahupun comel sepanjang masa.

“Watak yang dibawa selalunya mempengaruhi gaya kehidupan seseorang pelakon itu. Semoga segala persoalan terjawab. Terima kasih kerana mengambil berat. ‘I love you all’ lah!!!,” tulisnya lagi.

Ramai peminat yang bertanyakan tahap kesihatannya melalui gambar yang dimuat naik Sam di Instagramnya.

Ada juga antara pemminatnya yang meminta tips dari Sam dalam berdiet hingga beliau mudah menurunkan berat badannya pada masa singkat.