Keputusan dan Juara Ceria PopStar 2016

Keputusan dan juara ceria PopStar 2016 telah di ketahui. Dengan persembahan final malam tadi, maka terjawablah segala keputusan dan siapa yang dinatkan sebagai juara Ceria PopStar bagi tahun 2016.

Keputusan dan Juara Ceria PopStar 2016

Finalis celik yang berjaya sampai ke acara final ini adalah terdiri daripada; Jun, Aniq, Rezza dan Hazmil.



Jika ditanya mana-mana Natizen; siapakah layak sebagai juara Ceria PopStar 2016? pasti jawapan kebanyakannya sudah diduga berdasarkan prestasi anak-anak genius ini.

Dengan bangganya, dibawah berikut adalah keputusan Ceria PopStar 4, tahniah kepada Jun sebagai Juara.

  1. Jun sebagai juara: memenangi wang tunai RM20,000 beserta trofi dari Astro
  2. Rezza bergelar naib juara: membawa pulang wang tunai RM15,000 beserta trofi
  3. Aniq mendapat tempat ketiga: meraih wang tunai RM10,000 beserta trofi
  4. Hazmil di tempat keempat: mendapat wang tunai RM5,000 beserta trofi