Jun diramal sebagai juara Ceria PopStar 2016

Jun Juara Ceria Popstar 2016

Ceria PopStar 2016 yang bakal berakhir minggu ini ternyata mendapat sambutan yang berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya. Selain mengetangahkan bakat 12 bakal bintang yang berbakat besar bersama tenaga pengajar hebat industri hiburan seperti Jaclyn Victor, Black dan Mark Adam, persembahan para peserta setiap minggu juga menerima komen yang padat dari barisan juri yang hebat iaitu Awie, Dato' Siti Nurhaliza dan juga juri jemputan khas.



Setiap minggu para peserta akan diberikan tugasan menyanyikan lagu daripada pelbagai genre seperti pop, rock, ghazal dan balada yang tentunya akan memberi cabaran kepada peserta.

Dilihat dari persembahan dan komen juri setiap minggu, Siti Junaidah Bekri, 14, atau lebih dikenali sebagai Jun sentiasa mendapat pujian atas persembahan nya yang konsisten. Peserta yang berasal dari Sabah itu juga mendapat perhatian penonton dan diramal bakal menjadi juara Ceria Popstar musim ini.

Juara Ceria Popstar 2016 bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM20,000 manakala naib juara RM15,000 dan tempat ketiga RM10,000.