Jejai nafi ceroboh kediaman Fasha



Bekas suami pelakon Fasha Sandha, Rizal Ashram Ramli menafikan dakwaan beliau kerap menceroboh kediaman bekas isterinya itu dan mengganggu kehidupan aktres tersebut selepas mereka bercerai pada Januari lalu.

Memetik laporan, Rizal atau lebih dikenali dengan panggilan Jejai terkejut dengan laporan akhbar semalam dan menegaskan dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang memalukan dirinya.

[Disyorkan : Fasha Sandha buat laporan terhadap Jejai]

“Saya amat terkejut kerana tidak benar sama sekali apa yang dilaporkan itu. Saya juga telah berjumpa dengan peguam untuk meminta nasihat dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang memalukan saya,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Fasha, 32, membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya di sini pada Isnin terhadap bekas suaminya itu kerana mendakwa tidak tahan diganggu oleh bekas suaminya itu yang kerap memasuki kediamannya tanpa kebenaran selain memantau pergaulan beliau.