Hafiz Suip, Nureffy selamat diijab kabul



Hanya dengan sekali lafaz, Hafiz Suip kini telah selamat bergelar suami kepada pilihan hatinya, Nureffy. Dalam majlis itu Hafiz menyerahkan mas kahwin berjumlah RM120 di kediaman pengantin perempuan di Taman Matang Jaya, Kuching, Sarawak, kira-kira jam 10.30 pagi tadi.

Hafiz dan isteri telah dinikahkan oleh Ustaz Kasdinata Haji Fauzi. Selain itu, majlis turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran rakan selebriti dan juga saudara mara terdekat Hafiz dan juga isterinya.