Gambar Aliff Syukri makan durian di KLIA jadi bahan kritikan

Gara-gara memuatnaik gambar makan durian sambil bersila di lapangan terbang KLIA baru-baru ini, Aliff Syukri telah dikritik malah turut dilabel sebagai seorang yang sentiasa mencari perhatian oleh pengguna lama sosial.

Aliff Syukri dikritik makan duiran di KLIA

Malah apa yang turut menjadi bahan kritikan apabila jutawan kosmetik itu tersalah menyatakan kedudukan geografi lokasi yang bakal ditujuinya di dalam kenyataannya itu. Bagaimanapun ada juga antara mereka yang menyebelahi Aliff.



Malah ada antara penyokong Aliff Syukri mengatakan tindakannya itu sekadar mahu berlagak sebagai orang kampung. Walau bagaimanapun, Aliff tetap tenang dan tidak mudah melatah di Facebook. Dia tenang menjawab kritikan yang dilemparkan. Sebelum ini, Aliff juga pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia mempunyai masalah untuk mengeja dan menulis ketika waktu kecil.