Fizo Omar pertahankan isteri



Fizo Omar pasti akan kelihatan untuk pertahankan isterinya, Mawar bila setiap kali perniagaan isterinya itu dihimpit kontroversi atau kecaman peminat. Walaupun banyak pihak yang mempersoalkan tindakannya itu, bagi Fizo ianya adalah tanggungjawab beliau sebagai seorang suami.

“Saya tahu ada antara peminat yang mempertikaikan kenapa saya berlebihan dalam menangani isu Fareeda. Mereka persoal mengapa tidak isteri atau ibu mertua saya sendiri yang ke hadapan untuk menjawab segala kontroversi. Pastinya sudah menjadi tanggungjawab saya sebagai suami untuk mempertahankan isteri saya”

“Selain soal perniagaan, ini juga lebih kepada soal maruah dan harga diri. Tak mungkin saya akan membiarkan isteri saya menghadapinya sendirian. Dalam setiap kontroversi yang berlaku, saya ambil perkara berkenaan dari sudut positif. Memang benar orang akan “membelasah” teruk bila timbul sebarang isu,” katanya.

Bagaimanapun, Fizo yang bertindak sebagai Pengurus Pemasaran untuk jenama tudung Fareeda menganggap setiap kali tercetusnya kontroversi didalam perniagaannya itu pasti ada hikmahnya. Malah katanya, jenama tudung itu kini semakin dikenali orang ramai sehingga pembeli baru Fareeda meningkat sejak pelbagai kontroversi berlaku.