Fasha Sandha perli siapa di instagram?



Kecoh di portal hiburan beberapa hari ini mengenai Fasha Sandha dan juga bekas suaminya Jejai yang dikatakan masih mengawal pergerakan Fasha walaupun sudah lama bercerai.Fasha telahpun membuat laporan polis mendakwa bahawa dirinya sering diganggu tetapi dakwaan tersebut di tangkis sama sekali oleh Jejai.

Namun semalam, beliau ada memuat naik gambar serta kapsyen yang berbaur sindiran terhadap bekas suaminya itu di akaun instagram Fasha Sandha:



Jangan lupa, kaya atau miskin, tetap masuk kubur yang sama, tiada bezanya. Jadi jangan lupa, negara ada undang2, tak kira untuk yang kaya mahupun yang miskin. Kaya, pangkat darjat sekalipun, kalau salah,tetap salah. Jadi tak perlu cuba menidakkan perkara yang tetap salah daripada hukuman dan undang2. Sekiranya ‘berjaya’ menggunakan pangkat dan darjat untuk perkara yang semestinya salah, maka beringatlah, Allah ada, Allah lebih mengetahui dan Allah Maha adil, maka terimalah hukuman yang setimpal daripada Allah yang maha Esa di akhirat kelak.. Renung2 kan, salam Subuh