Fasha Sandha buat laporan terhadap Jejai



Fasha Sandha dikhabarkan telah membuat laporan polis terhadap bekas suaminya, Jejai yang dikatakan sering memasuki rumah pelakon itu tanpa kebenarannya. Fasha hadir ke Balai Polis Ampang pada tengahari semalam untuk membuat laporan polis bersama peguamnya.

Fasha dikatakan nekad untuk membuat laporan polis menentang Jejai kerana tidak tahan dengan sikap bekas suaminya itu yang sering memasuki kediaman beliau tanpa kebenaran. Malah, Jejai juga dikatakan terlalu mengawal pergaulan bekas isterinya itu sehingga bertindak memarahi serta menggugut raka-rakan yang keluar bersama Fasha.

[Disyorkan : Awie akan berjuang dapatkan hak penjagaan anak]

Bagaimanapun ketika ditanya mengenai dakwaan itu, Fasha memilih untuk berdiam diri tanpa mengeluarkan sebarang komen. Beliau hanya menjawab dengan ringkas bahawa kes terbabit telah diserahkan kepada pihak peguam dan polis jadi tiada apa yang perlu diberitahu dengan lanjut.

Sekitar Januari lalu, Fasha telah memohon penceraian di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selepas mendirikan rumah tangga pada 27 April 2012. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal dan Putri Raysha.

Setakat ini masih tiada penjelasan lanjut dari kedua-dua pihak.