Diana Danielle rugi Rm20,000, kafe dipecah masuk



Pelakon cantik Diana Danielle, 25, mendedahkan dia pernah mengalami kerugian hampir RM20,000 akibat kafe miliknya bersama tiga lagi rakan kongsi iaitu Born & Bread's dipecah masuk.

Memetik laporan, kejadian berlaku semasa restoran tersebut menjalani proses pengubahsuaian pada akhir tahun lalu.

"Cabaran terbesar semasa proses membuka kafe ini apabila beberapa barang yang akan digunakan untuk kerja pengubahsuaian telah dicuri.

"Biarpun barang yang dicuri tak banyak tetapi anggaran kegurian hampir RM20,000," katanya.

Perkembangan lain, Diana kini sedang menumpukan perhatian kepada bidang nyanyian memandangkan kerjaya sebagai pelakon memerlukan masa yang panjang di lokasi penggambaran.

Menurut Diana, dia sudah lama menyimpan impian mahu bergelar penyanyi namun selama ini tawaran lakonan lebih dulu datang membuatkan kerjaya seninya tampak cenderung ke arah itu.

[Disyorkan : Ke kelab malam, merokok adalah hak peribadi - Dayana Roza]

Diana bakal melancarkan single sulungnya selepas Aidifitri nanti.

"Cinta pertama saya adalah bidang nyanyian dan saya tidak menyangka impian itu tercapai hanya selepas bergelar isteri dan ibu.

"Saya perlu memilih tawaran yang sesuai memandangkan saya adalah ibu kepada dua orang anak.

"Dengan status saya sekarang, saya rasa nyanyian lebih bersesuaian memandangkan kerjaya sebagai pelakon memerlukan masa yang panjang di lokasi penggambaran," katanya yang pernah menyanyikan lagu runut bunyi untuk filem Kami Histeria yang juga lakonannya, kira-kira dua tahun lalu.