Azwan dan Ezzaty bakal nikah Aidilfitri ini



Dua pelakon yang semakin meningkat naik, Azwan Kombos dan Ezzaty Abdullah kini sibuk membuat persiapan pernikahan yang dirancang pada Aidilftri ini.

Memetik laporan, pasangan ini memilih untuk tidak bertunang seperti pasangan lain sebaliknya majlis merisik yang diadakan sebelum ini dianggap sebagai ikatan untuk mereka berdua sehingga majlis pernikahan nanti.

Keluarga Azwan telah pun merisik Ezzaty pada Mac lalu di kampung halamannya di Bentong, Pahang. Dalam majlis serba ringkas itu, keluarga Azwan turut membawa cincin untuk Ezzaty sebagai tanda.

Mengikut perancangan awal, mereka mahu bernikah akhir Disember ini tetapi dipercepatkan atas persetujuan keluarga kedua-dua belah pihak.

[Disyorkan : Sekitar majlis resepsi Hafiz Suip dan Nureffy]

Kata Azwan, mereka lebih mementingkan majlis risik berbanding tunang memandangkan keluarganya dan Ezzaty belumpun mengenali secara dekat antara satu sama lain.

Sementara itu, majlis pernikahan dan perkahwinan yang bakal berlangsung Aidilfitri nanti akan diadakan di Bentong atas permintaan bapa bakal pengantin perempuan sendiri yang mahu ia diadakan di rumah mereka.

Ezzaty dan Azwan juga akui mererka tidak merancang untuk mengadakan majlis besar-besaran sebaliknya mereka mahu bersederhana dan mendahulukan perkara wajib.