Aznil Nawawi berhabis RM4k sebulan demi cantik

Aznil Nawawi berhabis RM4k sebulan demi cantik

Pengacara no.1 Malaysia, Datuk Aznil Nawawi memberitahu dia menghabiskan kira-kira RM4,000 setiap bulan untuk wajahnya bagi mendapatkan pelbagai rawatan kecantikan.

Aznil atau lebih mesra dengan panggilan Pak Nil bagaimanapun menepis dakwaan dia pernah melakukan suntikan botoks pada wajahnya untuk tampil muda daripada usia sebenar.

“Orang kata saya pakai botoks pada wajah, tapi cuba tengok betul-betul wajah saya ada kedutan dan mempunyai reaksi. Kalau saya guna botoks, muka akan jadi tegang dan tidak boleh memberi reaksi sedih atau gembira.

“Saya akui memang ada membuat beberapa rawatan wajah seperti dermatologi, oksigen dan mengambil vitamin yang boleh dikira berjumlah RM4,000 sebulan,” ujarnya kepada media berita.

Dalam perkembangan lain, Aznil baru-baru ini telah melancarkan produk kosmetik Anell by Aznil Nawawi.

Produk itu adalah hasil kerjasama Aznil Nawawi bersama rakan kongsinya Aisyah Nik Jaafar dan dijual serendah RM199.