Awie tempelak Amy 'ini bukan kawan namanya. Tak guna cerita pasal tahfiz'

Awie Wings vs Amy Search

Kemelut berpanjangan kumpulan Search yang sedang hangat diperkatakan sekarang ni berjaya menarik perhatian vokalis utama kumpulan rock Wings, Awie. Awie juga tidak ketinggalan untuk menasihati ahli kumpulan Search yang lain tentang kontroversi yang sedang melanda kumpulan itu.

Awie juga turut menyarankan supaya ahli-ahli Search untuk bermuhasabah dan mengetepikan ego masing-masing sesama mereka. Tambahan pula, bagi Awie Yazit sepatutnya dibantu kerana pengasas kumpulan rock itu hanya menjadikan muzik sebagai satu-satunya sumber pencarian sejak bersama mereka dari 35 tahun lalu, sebelum diserang penyakit kronik.

Jika saya berada dalam kumpulan Search, saya akan korbankan sedikit masa untuk menolong Yazit. Ini saham akhirat kita, dia rakan kumpulan kita. Fikir dekat situ saja, tidak guna kita cerita pasal tahfiz dan jubah jika soal akhirat dibuat main macam ini. Mereka perlu ambil iktibar dan muhasabah diri kerana sahabat saya (Yazit) sakit, jadi tolak ke tepi soal ego. Kita perlu tolong kerana ini membawa kepada saham akhirat. Kalau dah tahu kawan kita sedang sakit, kita nak kenakan dia lagi, ini bukan kawan namanya. Tidak kira siapa salah sekarang. Yazit sakit, bila dia sakit, dia perlukan wang. Mata pencariannya hanya bermain muzik, kata penyanyi bersuara lantang itu.


Terdahulu, Kumpulan Search telah menyingkir penaja utama Konsert 35 Tahun Search iaitu Afjets Sdn.Bhd apabila kumpulan itu dikatakan kecewa dengan kenyataan yang dikeluarkan wakil oleh wakil syarikat terbabit.