Amar Baharin nafi bertunang dengan Amyra Rosli



Jika sebelum ini mereka dikatakan akan berkahwin, kali ini mereka masih berhadapan situasi yang sama. Namun, pelakon Amar Baharin menafikan dakwaan yang dia sudah bertunang dengan pelakon Amyra Rosli seperti yang tersebar di laman sosial.

“Buat apa saya nak menipu kalau memang betul perkara itu tidak berlaku. Seperti saya pernah katakan dulu, saya akan kongsikan dengan semua kalau betul ada khabar gembira. Tidak kira sama ada wanita itu Amyra atau orang lain, saya tidak akan berahsia”

“Buat apa nak disorokkan perkara yang baik. Jadi, saya hanya mengharapkan peminat doa yang baik-baik agar saya dipertemukan jodoh dengan cepat. Tahun lalu kecoh orang kata kami akan berkahwin. Kali ini timbul pula cerita mengatakan kami sudah bertunang. Pesan saya, jangan dengar cakap-cakap orang,?” jelas Amar.

Amar bagaimanapun mengakui bahawa Amyra merupakan pelakon wanita paling rapat dengannya memandangkan mereka di bawah pengurusan yang sama dan turut tidak menolak jika memang jodoh mereka bersama. Tambah Amar, dia juga kini sudah bersedia untuk mnegharungi kehidupan berkeluarga.