10,000 peminat serbu, Sg Golok Bike Week bagaikan konsert Wings

10,000 bukanlah angka yang begitu kecil, namun itulah dia kelebihan kumpulan lagenda Rock Malaysia yakni Wings; yang masih mempunyai pengaruh yang begitu kuat sungguhpun mereka sudah mencecah 30 tahun lebih dalam industri muzik yang saban hari menampilkan artis-artis baharu.

Mereka sentiasa berada dipuncak persada muzik dengan pencapaian yang digapai melalui kualiti penyampaian muzik yang dipersembahkan. Ternyata kelantangan vokal Awie, petikan unik Joe, kelincahan Bass Eddie, dan kepaduan dentuman Black secara live tidak boleh disangkal lagi oleh sesiapa seantero Malaya.

Sungai Golok Bike Week 2016 yang dianjurkan oleh Narathiwat dalam sebuah laporan telah menganggarkan kehadiran sekitar 5,000 orang ternyata meleset jauh apabila program tersebut diserbu anggaran 10,000 orang peminat kumpulan Rock tanah air yang baharu sahaja mengungguli Artis Berkumpulan Paling Popular di anugerah gilang gemilang ABPBH 29 (Malaysia).

Ironinya angka 10,000 yang tidak dijangka ini adalah hadir tanpa promosi berlebihan, malah tanpa sidang media, kerana ianya bukannya konsert Wings. Ternyata ianya bertukar suasana bagaikan konsert Wings sempena 30 tahun di Stadium Merdeka lepas. Dengan ini tidak berlebihan jika dikatakan bahawa Wings dan genre rock masih menjuarai jiwa peminat muzik tanah air.

Berikut dibawah beberapa gambar sekitar persembahan Wings di Sg Golok.