Aidil Diarah Bayar RM60,000 , Rita Bersyukur

Rita Rudaini ternyata berasa sangat bersyukur apabila Mahkamah Tinggi Syariah membuat keputusan dengan memerintahkan bekas suaminya yang juga pemain bola sepak kebangsaan, Mohamad Aidil Zafuan supaya membayar nafkah tertunggak berjumlah RM68,530 kepada beliau. Menurut kenyatan Rita yang dipetik daripada Utusan Online, Rita menegaskan bahawa dia bukanlah mengutamakan wang ringgit. Tetapi perjuangannya turun naik mahkamah selama ini adalah semata-mata kerana menuntut keadilan untuk diri sendiri dan anak-anaknya yang dizalimi sebelum ini. Malah Rita yang kini menjaga dua cahaya matanya iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna turut memanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana perjuangannya membela masa depan anak-anak akhirnya berpihak padanya.